
Inilah Kami
Anithink Consultant Sdn Bhd (sebelum ini Homework Studio) adalah sebuah ‘rumah produksi’ animasi secara professional, studio rekaan grafik serta percetakan digital dan pembekal produk cenderamata berasaskan kartun tempatan. Homework Studio Ditubuhkan pada tahun 2001 sehingga pada 2012 didaftarkan dengan nama baru, ANITHINK CONSULTANT SDN. BHD.
Berhasrat mengembangkan skop serta mempelbagaikan kegiatan penerbitan animasi dan persembahan multimedia sejajar dengan peningkatan aktiviti kepenggunaan produk multimedia serta pasaran IT tempatan.
Animasi merupakan satu medium yang sangat popular di semua peringkat usia serta penerimaannya melangkaui batasan kaum. Melalui animasi, pelbagai mesej dapat di ketengahkan dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat ini Anithink Studio juga berhasrat untuk memainkan peranan yang lebih luas sebagai main player dalam industri animasi.
Anithink Studios telah diasaskan oleh beberapa karyawan animasi tempatan dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang animasi sejak penerbitan Usop Sontorian, Keluang Man, Che’ Nat, Kumang, Lagenda Kinabalu, Siri Pejuang dan lain-lain. Siri animasi berkenaan telah dan pernah mendapat pelbagai anugerah dan menjadi buah mulut peminat dan penonton sehingga ke hari ini.
Sejajar dengan itu, sejak penubuhan, kami telah membekalkan pelbagai bentuk, jenis serta kandungan animasi dan grafik Multimedia kepada pelanggan antaranya, Unit-Unit penerbitan dalaman RTM, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Penyakit, Putrajaya, Kolej Kejururawatan serta lain-lain agensi kerajaan mahupun pihak swasta.


